1.0 LATARBELANG
1.1 Sejarah
Bermula apabila William Glasser membuat pandangan tentang proses perubahan
manusia , ia merupakan permulaan yang penting dalam “ psychological community”.
Pada tahun 1950, ramai pengamal dan penyelidik menekankan kebolehan manusia
untuk memilih dan mengawal pemikiran , perasaan dan tingkahlaku . Terapi
Realiti bermula ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang
berkembang .
William Glasser adalah seorang
ahli psikologi di California pada tahun 1965 . Terapi ini menegaskan bahawa manusia
mempunyai kebebasan membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan
tersebut. Secara keseluruhan terapi ini berorientasikan tingkahlaku yang melibatkan komponen doing , thinking ,
feeling dan physiology . Terapi ini juga menekankan aspek tingkahlaku dan
pemikiran klien. Terapi ini juga menolak konsep “mental illness” atau sakit
jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis. Matlamat terapi Realiti adalah
untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan
psikologi untuk menilai dan menghargai tingkahlaku semasa.
1.2 Biografi
Pengasas Terapi realiti adalah William Glasser .
Beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Cleveland , Ohio . Beliau merupakan anak
ketiga dan bongsu di dalam keluarganya . Bapanya seorang peniaga kecil-kecilan
yang telah datang ke United States untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya .
Ibu Glasser pula seorang yang berpendidikan dan sentiasa menggalakkan Glasser
supaya membaca . Selain itu , Glasser amat meminati muzik dan bidang sukan. Ini
membuatkan Glasser merasakan zaman kanak-kanaknya sangat menggembirakan .
Glasser mengikuti jejak langkah abang sulung dan
kakaknya belajar di kolej . Ini kerana bapanya telah menasihatinya dan
memberitahu bahawa kerjaya jurutera adalah baik . Glasser telah mendapat Ijazah
pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute Of Technology pada tahun 1944
dan ketika itu Glasser berusia 19 tahun . Glasser telah menjadi Jurutera untuk
beberapa tahun , walau bagaimanapun , beliau telah berniat untuk menyambung
dalam bidang psikologi . Pada tahun 1948 , Glasser telah mendapat Ijazah
Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University . Pada
tahun ini juga beliau telah membuat tesis untuk Phd tetapi ditolak .
Pada tahun 1953 , Glasser telah mendapat Ijazah
perubatan dari universiti yang sama . Pada tahun 1956 , beliau telah membuat
intenship di Veterans Administration Centre di Los Angeles dan kemudian
bertukar ke UCLA dan ketika ini beliau merasakan teori Freud tidak sesuai
dengannya . Beliau diselia oleh G.Harrington yang mempunyai pendapat yang sama
. Pada tahun 1956 ini juga , Glasser telah menjadi ketua Psikiatri di Ventura
School For Girls . Institut ini merupakan sebuah tempat yang telah dikendalikan
oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak akhlak atau moral
dan melanggar peraturan atau undang-undang . Glasser berkhidmat di sekolah ini
selama 12 tahun dan beliau telah mempraktikkan konsep asal terapi Realiti .
Pada tahun 1964 , beliau telah menulis manuskrip
Reality Therapy : A Realistic Approach To Young Offender” . Pada tahun 1965 ,
Glasser telah menerbitkan buku “Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry”
. Pada tahun 1966 , beliau telah mengaplikasikan idea-idea reliti dalam sistem
pendidikan di California . Pada tahun 1969 , Glasser telahmenerbitkan buku
“School Without Failure” . Buku ini tentang bagaimana guru dan pelajar
berinteraksi . Selain itu , sekolah menyumbang kepada identiti gagal pelajar .
Pada tahun 1972 pula , beliau telah menerbitkan buku “ The Identify Society” .
Buku ini berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara
psikologi dan fisiologi dan kumpulan masyarakat . Seterusnya , Glasser telah
membuka dan menubuhkan institut untuk Control Theory , Reality Therapy dan
Quality Management .
2.0 FALSAFAH
TERAPI REALITI
2.1 Matlamat
Terapi Realiti
Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan di dalam
terapi realiti,Yang pertama ialah membantu klien untuk mencapai kebebasan atau
autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang
lain.Yang kedua ialah kearah membantu klien menerima reality dan berusaha
merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih
realistic.Seterusnya membantu klien untuk bertindak atau bertingkah laku dengan
penuh tanggungjawab secara reality dalam mencapai matlamat hidupnya tetapi
klien sendiri perlu menentukan apa yang baik bagi dirinya.
Menurut Gladding (1993),Matlamat teori reality
untuk membantu klien memperjalaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya dan
membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang
ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud,ia juga dapat
membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat
tindakan dan pemikiran.
MengikutCorey (1982)pula,secara
holistiknya,matlamat terapi adalah untuk membantu individu mencari jalan yang
lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi
kepunyaan,kebebasan,berkuasa dan berseronok dan memfokuskan kepada apa yang
klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.
2.2 Konsep-konsep
utama teori realiti
Terapi reality agak berbeza dengan teori-teori
kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep
tertentu.Sebaliknya terapi reality telah mengemukakan alternative cirri-ciri
tertentu yang boleh dan harus diperhatikan.Ciri-ciri tersebut termasuklah;
Terapi realiti menolak konsep ‘sakit jiwa’ dan
kerana itu ia tidak langsung memberikan perhatian atau focus kepada dianogsis
jiwa.Ia lebih menitikberatkan tingkah laku tidak siuman yang menurut terapi
reality adalah hasil daripada penolakan tanggungjawab.Apabila individu menolak
dan atau membelakangkan tanggungjawab yang harus dilaksanakannya,maka akan
terhasilnya tingkah laku yang tidak siuman atau bilazim.
Terapi reality member focus kepada tingkah laku dan
tidak kepada perasaan dan sikap.Menurut terapi reality,bila tingkah laku
berubah,sikap dan perasaan akan turut berubah.
Terapi reality menumpukan perhatiannya kepada
keadaan klien pada masa kini.Ia tidak menghiraukan peristiwa-peristiwa dan
keadaan-keadaan masa lampau kecuali jika masa lampau itu ada kaitan langsung
dengan keadaan masa kini.Demikian juga halnya dengan masa depan,bagi terapi
realititidak ada gunanya kita memberi perhatian kepada masa lampau,kerana masa
lampau adalah sia-sia sahaja.Masa depan pula boleh menimbulkan kebimbangan dan
kerisauan semata-mata.
Di dalam memberi perhatian kepada tingkah laku masa
kini,terapi reality menekankan kepada aspek-aspek positif seperti potensi
individu itu,kejayaan-kejayaannya,kelebihan,serta kualiti positif yang ada
padanya.Sungguhpun demikian,tidaklah pula ia mengabaikan harapan,kebimbangan
dan nilai-nilai klien.Ia menekankan bahawa seseorang klien itu handaklah
dianggap sebagai individu yang mempunyai banyak potensi dan bukan sebagai
seorang pesakit yang mempunyai banyak masalah.
Terapi reality menggalakkan klien untuk meneliti
dan menilai tingkah lakunya,di dalam usaha kaunselor untuk mendorong kliennya
mengenali jenis-jenis tingkah laku yang ada pada dirinya.Adakah tingkah laku
itu merosakkan atau menggagalkan atau apakah tingkahlakunya yang mmbina? Hanya
setelah ia berjaya menilai tingkah lakunya sahaja barulah ia akan berusaha
mengubah tingkah laku nya karana melalui proses ini klien sendiri akan
menyedari bahawa tingkah lakunya masa kini menyebabkan kegagalan bagi dirinya.
Terapi reality tidak menekankan pemindahan.Ia lebih
suka yang kaunselor tidak di anggap sebagai seorang individu yang signifikan di
dalam sejarah awal kliennya.Kaunselor haruslah merupakan orang yang dapat
memenuhi keperluannya pada masa kini.
Terapi realiti menekankan kepada aspek sedar
personaliti dan tidak menekankan aspek tidak sedar.Tidak seperti
psikoanalisa,terapi realiti memberi tumpuan kepada tingkah laku masa
kini,bagaimana tingkah laku masa kini membawa kegagalan kepadanya dan
sebagainya.Ia juga menekankan bagaimana tingkah laku masa kini dapat juga
membawa kejayaan bagi dirinya melalui satu siri tindakan yang bertanggungjawab
dan realistik.
Terapi reality tidak menggunakan denda atau dera
sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku kerana terapi
reality yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan untuk mengubah
tingkah laku sendiri.Tambahan pula kesan denda dan dera hanyalah boleh dirasai
bagi jangka masa pendek sahaja.
Terapi reality menekankan tanggungjawab yang bagi
Glasser ditakrifkan sebagai kebolehan memenuhi keperluan seseorang dan
melakukan tindakan-tindakan yang menyekat atau menghalang orang lain daripada
kebolehan mereka memenuhi keperluan mereka sendiri.Bagi terapi reality,belajar
untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab akan terus menerus berlaku
sepanjang umur individu itu.
Terapi realiti menekankan bahawa di dalam
mempelajari tanggungjawab itu,individu hendaklah sentiasa menilai tingkah
lakunya sendiri ataupun meminta orang lain menilainya.Justeru kerana itu,satu
bahagian yang pnting di dalam terapi adalah aspek yang berkaitan dengan
moral,standard,nilai dan kebolehan menentukan tingkah lakunya yang betul
daripada yang salah.Oleh kerana tanggungjawab merupakan aspek yang terpenting
di dalam terapi reality di dalam terapi reality,maka kaunselor haruslah
melaksanakan peranan mengajar secara yang berkesan.Untuk itu,kaunselor
hendaklah mengajarkliennya cara-cara yang lebih baik untuk memenuhi
keperluannya dengan mengkaji semua tindak-tanduknya di dalam kehidupan
sehari-hari serta membuat saranan untuk dipertimbangkan oleh
klien.Pendekata,proses terapi atau kaunseling menjadi suatu bentuk pendidikan
yang khas di mana rancangan-rancangan tertentu dibuat dan langkah-langkah yang
realistik dan bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan-keperluan dikaji.
Semua keperluan dan semua peraturan yang ditetapkan
oleh kaunselor atau institusi hendaklah dipatuhi secara ketat.Sebarang
perlanggaran peraturan adalah tidak diizinkan.
2.3 Konsep
Lain Berkaitan Keperluan dan Kehendak Manusia
Konsep berkaitan dengan keperluan-keperluan asas
munusia (“needs”)
Terdapat 5 jenis keperluan asas manusia untuk
dipenuhi dan melibatkan aspek-aspek psikososial iaitu;
Perasaan Kepunyaan (untuk mempunyai dan dipunyai)
Penting untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan dan
terdapat tiga lingkungan perasaan dipunyai dan mempunyai iaitu keluarga,social
dan tempat kerja.
Keperluan Berkuasa
Manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi
mewujudkan persaingan.Untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan
strategi dan perancangan yang betul.
Bergembira dan Berseronok
Secara lazimnya proses perkembangan manusia perlu
bercirikan aktiviti yang menggembirakan dan keperluan ini meliputi setiap
perkembangan manusia.
Bebas dan Merdeka
Kebebasan amat penting bagi seseorang individu demi
menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.Manusia perlukan kebebasan
untuk bergerak secara positif kea rah kehidupan yang diingini.Manusia sanggup
berkorban apa sahaja untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan.
Keselamatan dan ‘Survival’
Keperluan ini merangkumi makanan, penginapan,
berkeluarga dan meninggalkan zuriat.
Kehendak Manusia “wants”
Kehendak merupakan satu desakan yang membawa
manusia bergerak dan bertindak kea rah memenuhi keperluan asas. Keperluan asas
manusia adalah sama tetapi kehendak manusia bersifat unik dan tersendiri dan bertujuan
untuk kepuasan diri. Kehendak mengandungi tanggapan dan jangkaan tertentu
terhadap keperluan asas yang hendak dicapai dan terlalu subjektif. Contohnya; Aku
perlukan kasih sayang daripada keluarga. Kasih saying yang sepatutnya keluarga
beri adalah begini…dan begitu…
Rasa Kebertanggungjawaban
Tindakan manusia untuk memenuhi kehendak dan
keperluan asasnya terdorong dengan rasa bertanggungjawab.Apabila berlakunya
penyesuaian ianya akan mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dengan
peraturan dan sistem masyarakat yang akhirnya akan melahirkan identiti jaya
,begitu juga sebaliknya.
Identiti Diri
Antara individu dengan individu lain mempunyai
identiti yang berbeza dan tersendiri.Perbezaan ini dapat dilihat melalui
matlamat hidup,kehendak,pemikiran,perasaan dan perlakuannya.Terdapat 2 jenis
identiti utama dalam realiti iaitu;
(a) Identiti Jaya
Tindakan individu dengan cara bertanggungjawab
untuk mencapai kehendak dan keperluan asasnya.Tindakantersebut menghasilkan
kepuasan dan perasaan positif dan membentuk
pemikiran,perasaan,tindakan,keperluan,matlamat yang positif.
(b) Identiti gagal
Tindakan individu dengan cara tidak
bertanggungjawab untuk mencapai kehendak dan keperluan asasnya.Tindakan
tersebut menghasilkan kepuasan dan perasaan negatif dan membentuk
pemikiran,perasaan,tindakan,keperluan,matlamat yang negatif.
Penerimaan Realiti
Apabila individu gagal mencapai sebahagian
keperluan asasnya,ia cenderung untuk menolak dan menerima reality.
(a) Penerimaan realiti
Individu gagal mencapai kehendak dan keperluan asas
akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan,matlamatyang positif
dan akan melahirkan identiti jaya.Contoh:ditinggalkan oleh kekasih setelah
hamil luar nikah.Individu tersebut melaporkan diri ke JKM dan menyerahkan anak
kepada JKM.Individu tersebut kemudiannya meneruskan hidup menuju kepada
identiti jaya.
(b) Penolakan realiti
Individu gagal mencapai kehendak dan keperluan asas
dan kemudiannya menolak realiti serta tiada rasa bertanggungjawab.Tiada rasa
bertanggungjawab akan membentuk pemikiran,perasaan, tindakan,keperluan,matlamat
yang negatif dan akhir sekali melahirkan identiti gagal.Contoh :ditinggalkan
oleh kekasih setelah hamil luar nikah.Individu tersebut menolak realiti dan
tiada rasa bertanggungjawab.Akhir sekali akan melahirkan tindakan membunuh diri
atau lahirkan anak akan membuang anak.Dalam sesetengah kes melibatkan diri
dalam seks bebas .Individu tersebut akan hidup dalam identiti gagal.
3.0 SUMBANGAN
DAN LIMITASI TERAPI REALITI
3.1 Sumbangan
Terdapat beberapa sumbangan terapi realiti. Antaranya
ialah jangka masa proses terapi. Terapi realiti berfokus kepada jangka masa
pendek dan menangani masalah tingkahlaku secara sedar. Pendekatan terapi ini
boleh diaplikasi terhadap kebanyakan populasi yang berbeza seperti salah
lakuan, penyalahgunaan bahan, kecelaruan personaliti dan tingkahlaku anti
sosial.
Proses terapi realiti boleh diaplikasi dalam sesi
kaunseling individu dengan kanak-kanak, remaja, dewasa, dan golongan berumur
atau pun dalam sesi kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan dan kaunseling
keluarga. Malah terapi ini boleh diaplikasi dan membantu dalam apa-apa sahaja
‘setting’ seperti di hospital, klinik kesihatan mental, sekolah, pusat tahanan
(penjara), pusat pemulihan dan pusat krisis (Glasser, 1986:Seligman,1997).
Terapi realiti sungguh konkrit. Ia memberikan satu
struktur di mana kedua-dua klien dan terapis boleh mengukur tahap dan bentuk
perubahan terutamanya bila kontrak berfokus matlamat telah terbentuk. Jika
didapati klien berupaya mengubah tingkahlaku dalam satu aspek tertentu sahaja
terapis boleh beri perhatian terhadap tingkahlaku yang masih belum berkembang
dan perlu diubah. Terapis terapi realiti membantu klien dalam proses penilaian
kendiri dan membantu klien mengukur dari aspek tingkahlaku, pemikiran dan
perasaan. Bila klien telah sedar tingkahlaku semasa membawa kesusahan terhadap
diri sendiri, keinginan untuk membentuk tingkahlaku diingini akan membawa
kepada pembentukan sikap bertanggungjawab untuk membaiki tingkahlaku yang
membawa masalah kepada diri sendiri.
Terapi realiti memiliki pusat latihan kebangsaan
yang dikenali sebagai Institut Terapi Realiti berpusat di Cincinnati, Ohio dan
banyak cawangan Asia dan di Eropah. Pada masa kini beberapa cawangan Institut terapi
realiti telah ditubuhkan di negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia dan
di Singapura.
Pendekatan terapi realiti berfokus kepada
tanggungjawab dan kebebasan dalam kalangan individu tanpa mengkritik,
menyalahkan klien atau ada percubaan untuk membentuk semula personaliti secara
menyeluruh. Manusia tidak sebagai mangsa kemurungan atau dalam keadaan tidak
berupaya untuk bertindak. Mereka ini dilihat sebagai golongan yang memilih
sendiri untuk berada dalam keadaan sedemikian. Manusia adalah bertanggungjawab
ke atas diri mereka terhadap yang mereka buat atau kedudukan diri mereka.
Kadang-kala ada manusia yang tidak diajar untuk bertanggungjawab terhadap
tingkahlaku mereka ataupun mengambil tanggungjawab berkenaan. Untuk bertindak
secara bertanggungjawab bermaksud memenuhi keperluan diri tanpa menyebabkan
kesusahan pihak yang lain semata-mata untuk memenuhi keperluan diri tersebut
(Glasser, 1965.m/s.13).
Pendekatan terapi realiti ke arah penyelesaian
konflik. Glasser (1984) percaya bahawa konflik muncul pada dua tahap iaitu
benar dan salah. Pada tahap ‘benar’, konflik berkembang disebabkan
ketidaksetujuan interpersonal terhadap perubahan. Tahap konflik ‘salah’ pula,
perubahan mungkin boleh berlaku jika diri sendiri bersedia untuk mengambil
usaha misalnya keinginan untuk kurangkan berat badan. Tingkahlaku
bertanggungjawab dalam keadaan ini boleh membawa kepada hasil yang dikehendaki.
Pendekatan terapi realiti ini berfokus kepada masa
kini kerana tingkahlaku semasa adalah di bawah kawalan diri klien. Pendekatan
ini tidak mengambil kira pengalaman masa lampau seperti beberapa teori yang
lain seperti teori ‘behavioris’, Gestalt dan ‘Rational Emotive Behavior
Therapy’.
3.2 Keberkesanan
Kebanyakan kajian keberkesanan proses psikoterapi
(kaunseling) telah membuktikan beberapa aspek dalam proses psikoterapi
(kaunseling) misalannya hubungan teraputik, intevensi teraputik yang tertentu,
ekspektasi klien terhadap perubahan serta aspek seperti motivasi klien untuk
memperbaiki diri merupakan penentu kejayaan pencapaian matlamat sesi
kaunseling.
Terapi realiti pula memberi fokus kepada hubungan
teraputik, motivasi klien untuk berubah dan intervensi khusus terapis sebagai
penentu kejayaan proses kaunseling dan kurang memberi pemberatan terhadap tahap
masalah klien, keupayaan klien untuk menghubungkaitkan masalah dihadapi dengan
orang lain kekuatan ego dan kualiti ‘sosial support’ klien. Bagi terapi realiti
kebanyakan rungutan klien dalam aspek permasalahan klien sebenarnya merupakan
alasan klien untuk elakkan diri dari bertanggungjawab terhadap pilihan-pilihan
mereka yang sebenar berada dalam lokus kawalan mereka.
3.3 Aspek Semulajadi / Persekitaran
Mengikut pendekatan terapi realiti, aspek
semulajadi tingkahlaku seseorang berdasarkan kepada keperluan asas individu
berkenaan (penghidupan, perasaan kepunyaan dan kasih sayang, kekuasaan,
keseronokan, dan kebebasan). Namun begitu persekitaran dan tanggapan seseorang
individu serta pemilihan halatuju dalam lingkungan persekitarannya yang banyak
menentukan perkembangan personaliti individu berkenaan. Seseorang itu
bertanggungjawab terhadap pemilihan atau keputusan yang diambil untuk memenuhi
keperluan hidupnya dalam lingkungan peluang-peluang yang diperolehi dalam
persekitarannya.
Pendek kata genetik dan persekitaran mempunyai
pengaruh terhadap tingkahlaku tetapi pilihan-pilihan yang diambil menentukan
tingkahlaku seseorang. Walaupun pendekatan terapi realiti lebih pro kepada
pengaruh persekitaran berbanding dengan faktor biologikal namun begitu
pendekatan ini tidak menafikan pengaruh biologi dalam masalah psikologi mental.
Pendekatan terapi realiti menegaskan bahawa ‘faktor biologi (semulajadi) bukan
penentu destini seseorang.
3.4 "Pharmachoterapy"
Pendekatan terapi realiti menentang sekeras-kerasnya
penggunaan ubat-ubatan untuk masalah kesihatan mental. Mengikut pendekatan
tersebut tingkahlaku yang dipilih berpusatkan kepada keinginan untuk memenuhi
keperluan asas individu. Menurut Glasser (2000) memandangkan tingkahlaku
seseorang itu adalah dipilih sendiri oleh individu berkenaan maka rawatan
menggunakan ubat-ubatan berupaya untuk menarik keluar sikap bertanggungjawab
dari diri klien.Klien akan memberikan alasan terhadap tingkahlaku berdasarkan
masalah kesihatan yang dihadapi dan dibuktikan dengan preskripsi ubat yang
diperolehi.
3.5 Pemeliharaan Kebajikan dan Terapi Jangka Masa Pendek
Pendekatan terapi realiti menjaga kebajikan klien
dalam aspek-aspek tertentu misalannya dalam membantu klien memperolehi wang
pampasan daripada syarikat insuran sebagai wang urusan terapi kliennya. Untuk
memenuhi kriteria penerimaan wang pampasan daripada syarikat insuran satu
keputusan diagnosis DSM-IV perlu dikepilkan. Ahli terapis terapi realiti
kemungkinan menggunakan diagnosis tersebut sebagai tujuan membantu klien
menerima wang pampasan untuk tujuan rawatan sahaja.
Walaupun terapi realiti terkenal sebagai satu
proses psikoterapi yang mengambil masa yang pendek dalam membantu klien berubah
namun pendekatan ini tidak menetapkan tempoh masa untuk proses sesi kaunseling
tetapi hanya memberi perhatian serius terhadap hubungan terapis-klien dalam
mewujudkan motivasi bagi klien untuk membuat perubahan tingkahlaku.
3.6 Isu Budaya
Pendekatan terapi realiti tidak banyak menghadapi
masalah disebabkan isu-isu budaya. Wubbolding (2000a) menyatakan terapi realiti
berupaya memasuki negara-negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya
seperti Jepun, China, Korea, Singapura, Amerika dan beberapa buah negara yang
lain. Malah terdapat pelajar bangsa Yahudi dan Arab yang mengamalkan terapi
realiti. Namun begitu pendekatan ini tidak terkecuali daripada masalah silang
budaya seperti masalah penggunaan bahasa dalam proses terapinya. Misalannya
dalam kalangan budaya timur penggunaan soalan-soalan yang ‘direktif’ oleh terapis
semasa sesi kaunseling dianggap sebagai kurang bersopan. Terapis terapi realiti
perlu mahir mengubahsuai cara mengajukan soalan yang lebih kearah bukan
berbentuk ‘direktif’.
3.7 Keagamaan(Spirtuality)
Mengikut pandangan terapi realiti, manusia memilih
cara-cara tertentu untuk memenuhi keperluan diri berdasarkan pilihan sistem
kepercayaan keagamaannya. Kebanyakan aspek-aspek terapi realiti mempunyai
persamaan dan berlandaskan pelbagai prinsip keagamaan yang universal.
3.8 Teknik Eklektik (Technical Eclecticism)
Terapi realiti adalah fleksibel dan berupaya
menggabungjalinkan teknik-teknik kaunseling dari pelbagai teknik teori dalam
membantu klien memilih tingkahlaku yang lebihberkesan pada waktu semasa.Walaupun
konsep-konsep terapi realiti nampak mudah difahami tetapi terapis perlu
memahami prinsip-prinsip teori pemilihan (‘choice theory’) dengan mendalam
supaya tidak lari daripada matlamat terapi realiti berkenaan.
3.9 DSM-IV-TR
Diagnosis
Pendekatan terapi realiti memandang penglabelan
berdasarkan diagnostik adalah sesuai dan tidak perlu dalam konteks hubungan
teraputik. Glasser (2000) menyatakan walaupun terapi realiti tidak menyalahkan
atau mengkritik klien disebabkan kesukaran ataupun masalah yang dihadapi tetapi,
namun begitu teori ini menekankan bahawa sikap tanggungjawab merupakan sebagai
tapak utama untuk seseorang klien itu berubah. Menurut Glasser (2000) lagi,
klien tidak sepatutnya dilabel berdaasarkan sesuatu diagnostik kecuali jika
perlu untuk tujuan insuran.
4.0 KELEMAHAN
TERAPI REALITI
Kelemahan teori ini nampak dengan jelas ekoran terdapat
terapis yang mengamalkan terapi realiti tanpa pemahaman yang dalam tentang
prinsip-prinsip terapi berkenaan. Kebanyakan seminar-seminar terapi realiti
dikendalikan dalam bentuk konsep membantu diri ‘self-help’ bukannya dalam
bentuk klinikal. Ini menyebabkan ramai terapis pendekatan terapi realiti kurang
berpengalaman dalam bentuk klinikal tetapi bertindak memberi bantuan
berdasarkan lebih kepada pengetahuan. Adalah lebih tepat jika dikatakan
kelemahan tersebut bukan berpunca daripada teori berkenaan tetapi berpunca dari
pengamal-pengamal yang kurang pemahaman tentang terapi berkenaan.
Satu lagi kekurangan terapi realiti ialah
unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung. Mengikut beberapa
pengkritik terapi realiti menyatakan unsur-unsur seperti masa lampau klien amat
penting untuk mengetahui latar belakang permasalahan yang dihadapi pada masa
kini.
Selain itu, terapi realiti cenderung hanya memfokus
kepada tingkahlaku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak
dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan
sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan terapi ini mempunyai keupayaan yang
terbatas.
5.0 STATUS
TERAPI REALITI MASA KINI
Terapi realiti telah berkembang dengan pesat pada
masa kini. Glasser masih meneruskan usahanya untuk mengembangkan terapi yang
dibinanya melalui ceramah, penulisan dan pengamalan secara sendirian. Aplikasi
terapi realiti di sekolah-sekolah menjadi semakin pesat hasil usaha isteri baru
Glasser (Carleen). Salah seorang terapis realiti yang banyak menyumbangkan
usaha dalam mengembangkan terapi realiti melalui pengamalan dan penyelidikan.
Beliau merupakan pengarah urusan pusat Institut Terapi Realiti di Cincinnati,
Ohio. Banyak lagi institut terapi realiti yang tumbuh hasil usaha Glasser untuk
tujuan melatih dan pemberian sijil dalam terapi berkenaan. Selain itu, satu
journal juga telah diwujudkan atas nama ‘International Journal of Reality
Therapy’.
6.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, bolehlah dinyatakan bahawa
terapi realiti merupakan satu bentuk terapi yang berfokus pada masa kini dan
membantu klien membuat pilihan-pilihan yang berkesan dalam hidup mereka.
Kaunselor atau terapis terapi realiti yang berperanan sebagai pembimbing
mendidik klien untuk bertingkahlaku secara wajar dalam memenuhi keperluan asas
mereka. Klien diajar mengadaptasi tingkahlaku baru yang lebih efektif dalam
usaha memenuhi keperluan asas mereka jika pendekatan yang digunakan tidak
berkesan.
huraian yang jelas dan contoh yang releven. mampu memahami dan memahamkan. terima kasih.
BalasPadamInfo yang menarik kepada saya. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamMOHON HALALKAN ILMU DARI CATATAN TUAN, TQVM
BalasPadam